MEROKOK ADALAH HARAM "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke 37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN ISLAM KERANA PADANYA TERDAPAT KEMUDARATAN" Terjemahan Al-Quran "... Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan ..." Surah Al-Baqarah : 195 PANDANGAN ILMUAN MENGENAI HUKUM MEROKOK '... Menghisap rokok adalah haram dalam Islam ..." Fatwa oleh Dr. Nasir Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir) "... Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Jesteru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan ..." Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq (Imam Besar Masjid Al-Azhar) Dr Yusuf Al-Qardawi di dalam Fatawa Muasirah berkata: "Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat pandang...