PAP SMEAR BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA!


APAKAH ITU PAP SMEAR??

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.


MENGAPA PAP SMEAR PENTING BAGI SAYA??

  • Kanser Serviks merupakan kanser ketiga tertinggi di kalangan Wanita di Malaysia.
  • Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi.
  • Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.


APA ITU KANSER SERVIKS??

Kanser Serviks adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.


PERLUKAH SAYA MENJALANI UJIAN PAP SMEAR??

YA! Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20-65 tahun perlu menjalani ujian Pap Smear.



BILAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR??

Ujian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas. Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum ujian Pap Smear.




APAKAH KEPUTUSAN YANG MUNGKIN SAYA PEROLEHI??

1. Normal
2. Tidak Normal (Jangkitan Kuman, Peringkat Pra-Kanser Serviks, Kanser Serviks - harus rujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut)



BILAKAH KEPUTUSAN UJIAN AKAN SAYA PEROLEHI??

Ujian ini mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat mungkin.



BERAPA KERAP SAYA PERLU MENJALANI UJIAN PAP SMEAR??

Anda perlu menjalani Ujian Pap Smear 3 tahun sekali.




DIMANAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR??

Anda boleh menjalani ujian ini secara percuma di tempat berikut:
Klinik Kesihatan
Klinik Desa
Hospital Kerajaan
Serta menggunakan voucher percuma daripada Perkeso untuk menjalankan ujian di Klinik dan Hospital Swasta.





           Sumber diterbitkan oleh: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia                                                                    (KKM/BM/2011/60,000)

Comments