AWASI TEKANAN DARAH ANDA!

TEKANAN DARAH

Tekanan Darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.


CARA TEKANAN DARAH DIUKUR

Tekanan Darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:

120/80 mmHg.
- Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolok.

- Nombor bawah (80) : Menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diatolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.


TEKANAN DARAH BERUBAH-UBAH


  • Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita.
  • Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
  • Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.



INFO : Tekanan Darah Optima adalah 130/80 mmHg.
Jika lebih daripada 130/80 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.



APA YANG PERLU KITA TAHU??

  • Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat.
  • Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap penyakit darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala


APAKAH AKIBAT JIKA TEKANAN DARAH TINGGI??

  • Serangan Jantung
  • Angin Ahmar
  • Kegagalan Jantung
  • Kerosakan Buah Pinggang



JIKA TEKANAN DARAH OPTIMA
(130/80 mmHg)

Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara:
  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal atau lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
  • Tidak Merokok - Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam dengan lebih cepat.
  • Makan secara sihat, dengan mengurangkan pegambilan garam dan lemak - Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih air terpaksa disimpan di dalamnya. Ia akan meningkatkan tekanan darah. Lemak berlebihan juga akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Bersenam secara berkala
  • Elakkan pengambilan alkohol



JIKA TEKANAN DARAH ANDA TINGGI:
  • Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat Doktor / Pegawai Farmasi
  • Jumpa Doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda


AMALAN CARA HIDUP SIHAT DAPAT MENCEGAH TERJADINYA PENYAKIT DARAH TINGGI, PENYAKIT KARDIOVASKULAR SERTA KOMPLIKASINYA!




(Sumber Info: Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman 
(UPK Kedah 2015 | Risalah | 50,000)

Comments