MEROKOK ADALAH HARAM


MEROKOK ADALAH HARAM

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke 37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN ISLAM KERANA PADANYA TERDAPAT KEMUDARATAN" 

Terjemahan Al-Quran "...Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..." Surah Al-Baqarah : 195


PANDANGAN ILMUAN MENGENAI HUKUM MEROKOK

'...Menghisap rokok adalah haram dalam Islam..." Fatwa oleh Dr. Nasir Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)

"...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Jesteru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan..." Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq (Imam Besar Masjid Al-Azhar)

Dr Yusuf Al-Qardawi di dalam Fatawa Muasirah berkata: "Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sekali. Malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: Makhruh ataupun Haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum HARAM adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya"


Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Kajian perubatan membuktikan setiap batang rokok mengandungi nikotin dan pelbagai bahan kimia toksik lain yang memudaratkan kesihatan.

Nikotin yang diserap ke dalam tubuh akan merangsang otak yang menyebabkan pelbagai reaksi terutamanya KETAGIHAN.

Kajian Sains dan Perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negetif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok.

(photo credit: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbGOzkTm4-mFm1DVFRTGtVQF7RqStSV-ZekBbY3FHF9t21Gr8LygO_5yRxLfDkRkuP-3TI-EoOnalNwohWNn7vZeDathKqX_gKPjoA5Y0OLvpkv9L2O4KZT4xn2WNL04CIBW_iflGOeaGj/s1600/nicotine+brain.jpg)


FAKTA
5 juta kematian berlaku setiap tahun. 
600,000 kematian pra matang berlaku setahun. 
11,000 kematian setiap hari - seperti 27 pesawat Boeing 747 jatuh terhempas setiap hari 
(Sumber: WHO)


TAHUKAH ANDA?
Anda bukan hanya membayar dengan ringgit untuk membeli rokok. Tetapi anda juga bayar dengan risiko ini:
  1. PARU-PARU ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Risiko anda untuk kanser paru-paru ialah 20 kali ganda dan Risiko anda untuk penyakit paru-paru kronik ialah 10 kali ganda)
  2. SALURAN DARAH ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Risiko saluran darah anda menjadi tersumbat ialah 10 kali ganda)
  3. JANTUNG ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Risiko untuk serangan jantung ialah 4 kali ganda)
  4. OTAK & TUBUH ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Risiko untuk serangan strok ialah 2 kali ganda)
  5. NYAWA ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Risiko kematian akibat tembakau ditanggung perokok seumur hidup ialah 50%)
  6. NYAWA ANAK & ISTERI ANDA - sebab berbanding dengan bukan perokok (Akibat terdedah dengan pelbagai risiko sebagai perokok pasif)


BONUS BERGANDA 
APABILA BERHENTI MEROKOK!

SELEPAS 20 MINIT
Tekanan Darah dan kadar denyutan nadi kembali ke paras biasa.

SELEPAS 8 JAM
Paras Karbon Monoksida kembali ke paras normal. 
Paras Oksigen juga kembali ke paras normal.

SELEPAS 24 JAM
Risiko serangan jantung menurun.

SELEPAS 48 JAM
Saraf mula mengalami pemulihan.
Deria rasa dan hidu mula pulih.

SELEPAS 2 MINGGU HINGG 3 BULAN
Peredaran darah bertambah baik.
Fungsi paru-paru bertambah baik sebanyak 30%.



Sumber diterbitkan oleh: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/BM/200,000/2013)

Comments